Setiap insan yang bercinta ingin kan hubungan suci mereka di tafsirkan di jinjang pelamin dan perjanjian sehidup semati menempuh ranjau dan kemanisan hidup. Setiap pasangan mengimpikan sebuah perkahwinan yang kekal dan abadi.


Dalam surah ar-Rum ayat 21, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah ialah Dia telah menciptakan untuk mu isteri-isteri supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya; dan dijadikannya antara kamu rasa kasih sayang."



Jelas lah bahawa perkahwinan itu akan membawa hidup kita lebih bermakna dan bahagia 
Namun, sebelum anda mendiri kan rumah tangga, banyak persiapan yang perlu anda lakukan sebelum sesebuah perkahwinan itu berlansung.Di sini, saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman tentang pengurusan perkahwinan dari awal hingga ke akhir.


Dalam surah An-Nur ayat 26, Allah SWT berfirman yang bermaksud:

"Sesungguhnya lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan baik; perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik. Sebaliknya, lelaki yang jahat adalah untuk perempuan-perempuan yang jahat: perempuan-perempuan yang jahat untuk lelaki-lelaki yang jahat pula."



Salah satu artikel tentang untung nya berkahwin: